Assalamualaikum
Hari ni tak tau kenapa tiba2 teringat kat orang dulu2...
I mean don’t u all pernah dengar cerita dari mak ayah or atok nenek kite masa zaman dulu kala
Masa zaman mereka membesar dalam kesusahan... where ubi menjadi makanan mereka... where mereka tido beramai2 di satu ruang...
Tp hari ini kita tak merasa semua itu... zaman dulu dapat makan KFC dah rase mewah... tp kita hari ini makan di hotel 5star macam makan di kedai mamak je... dulu orang pakai kereta dah dikire org berada tp sekarang orang ada sports car 5-6 bijik pon is a normal thing...
Tp rase rindu pulak nak dengar cerita2 zaman atok nenek kite... coz sunguh pon mereka bercerita pasal kesusaha mereka tp mereka still buat cerita tu menarik dan mengajar kita tentang kehidupan... entah laa kenapa kesusahan mereka tempuh untuk membesarkan anak2... mereka sangup bersunguh2 menyimpan... untuk anak dan melupakan kemahuan diri mereka...
Ada diantara ibu bapa kita mengimpikan RUMAH BESAR KERETA SPORT MELANCONG tp mereka lebih mengutamakan menyimpan dari IMPIAN mereka...
Marilah kita menghargai segala pengorbanan yg telah diberikan oleh orang tua kita... berikan lah mereka kasih dan sayang yg mereka seharus nya terima... kerana tanpa mereka kita tidak akan berada di sini...
Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa. [al-Nisa’ 4:36]
Katakanlah: "Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibubapa.” [al-An’aam 6:151]
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. [al-Isra’ 17:23]
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). [Luqman 31:14]
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. [al-Ahqaf 46:15]
wassalam :D
No comments:
Post a Comment